Sunday, October 25, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya




Selasa 6/10/2009
Telah diadakan majlis sambutan Hari Raya bagi warga Sekolah Ugama Madewa.Majlis juga menjemput Mantan Guru kanan Pentadbiran I Cikgu Pg Hjh Juita Binti Pg Hj Damit Guru yang sudah besara.Juga beberapa persembahan di adakan bagi menyerikan majlis tersebut.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Warga Sekolah Ugama Madewa Mengucapakan Selamat Berpuasa,kepada seluruh umat muslimin dan Muslimat .


Sabda Rasulullah SAW "Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban Bulan Ku,dan Bulan Ramadhan bulan Umatku" (Al Hadis)

Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
"Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
RAMADHAN
ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
ن = (Anugerah Allah)

Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah SAW tentang fadilat dan keutamaan bulan Ramadhan.Walau bagaimana pun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah Allah.

Diantara hadis Rasulullah SAW mengenai fadilat,kelebihan,keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
  • Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah SAW.
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah SAW
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dantidaklah ditutup satu pun darinya.maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah Mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap Malam(Ramadhan). (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Amal ibadah bulan Ramadhan
  • Solat tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam
  • Memberi hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah,zikir dan bertasbih)
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar
  • Tinggalkan dan jauhi dari perbuatan maksiat dan mungkar.
  • Dan hindarkan dari mengumpat,berkelahi,boros,fitnah memfinah,berbohong dan sebagainya.
Ganjaran Pahala ibadah dan fadhilatnya.
Ganjaran pahala dibulan Ramadhan adalah berlipat ganda.Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda.Manakala ibadah sunnat diberi pahala saperti ibadah fardhu.Bulan Ramadhan ini terbahagi tiga bahagian:-
  1. Mendapat rahmat Allah SWT bercurah-curah.
  2. Mendapat kempunan Allah SWT
  3. Mendapat pelepasan Azab neraka

Fadhilatnya yang lain
  1. Mereka yang berpuasa mendapat balasan syurga.
  2. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah SWT
  3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan bertemu Allah SWT pada hari kiamat kelak.
  4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
  5. Orang yang berpuasa disertai mmenjauhi segala apa yang dilarang dan mengamalkan amal ibadah sunat.seumpama akan di binakan mahligai yang indah di syurga.
  6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniai seribu tujuh ratus kebajikan dibinakan mahligai disyurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya pagi dan petang.
Petikan buku Kelebihan Amalan Ramadhan Hj Johari Hj Alias)

CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEKOLAH UGAMA MADEWA

CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Untuk menghadapi peperiksaan anda dikehendaki melakukan perkara saperti berikut:

· Sepanjang minggu peperiksaan hendaklah mendirikan sembahyang hajat.

· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju kedewan peperiksaan,anda dikehendaki mengambil air sembahyang dan berpakaian bersih.

· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju kedewan peperiksaan,anda dikehendaki takbir 9 X dan ketika hendak melangkah keluar dari rumah,mesti didahului dengan kaki kanan

· Apabila sampai di dewan peperiksaan hendaklah takbir sebanyak 9 X

· Ketika hendak menunggu kertas jawapan atu sebelum menjawab soalan, hendaklah membaca surah berikut dari awal hingga akhir sebanyak 9 X:

الم نشرح لك صدرك

· Sekiranya anda Terlupa ketika sedang menjawab soalan,anda dikehendaki selawat keatas rasullah s.a.w sebanyak 3X.

Hjh Nadh916

Berusaha ,Berdoa dan bertawakal senjata orang Mukmin

“Semoga Berjaya”

MENDISIPLINKAN DIRI MENUJU KEJAYAAN

  • Siap sedia untuk mengenal kelemahan dan kekuatan.
  • Ada motivasi dan wawasan.
  • Ada keyakinan diri.
  • Penggunaan tenaga hebat yang betul.
  • Mengurus diri dan masa dengan tepat.
  • Hubungan proaktif dengan pengajar dan kawan.
  • Mengenal positif negatif pesekitaran.
SIKAP KENDIRI
Sikap perlu berubahnegatif ke positif
Seimbangkan antara kegemaran biasa dengan belajar
Bentuk suasana persaingan mantap
Bentuk budaya pelajar
PERANCANGAN
TUGASAN MESTI DIBUAT
Ada Matalamat dan Tujuan
90% Usaha diri pelajar sendiri
10% Bantuan orang lain dan guru
•Ada peraturan sendiri
Disiplin diri
•Tahu pengurusan masa
  • Tidak terpaksa/Relax
PENGURUSAN MASA
KITA ADA 24 JAM SEHARI SEMALAM (16 JAM TERIKAT DAN 8 JAM TIDAK TERIKAT).
DALAM 16 JAM (7 JAM TIDUR, 7JAM SEKOLAH DAN 2 JAM MAKAN / MINUM/ SOLAT).
DALAM 8 JAM : -BUAT JADUAL BAGI PELAJAR SENDIRI.

PELAJAR BERMATLAMAT
INGIN BERJAYA
SUKA MEMBACA
MENUMPUKAN PERHATIAN
SUNGGUH-SUNGGUH
SERING BERBINCANG
CITA-CITA TINGGI
TERBUKA MENERIMA TEGURAN
MEMBANTU KELUARGA DAN BANGSA
TEKNIK BELAJAR
MASA SEGAR
BERDASARKAN SUASANA DAN KEADAAN KEGEMARAN SENDIRI
GABUNGAN BANYAK PANCA INDERA(baca, dengar, soal, tulis, alatan)
BERULANG
MEMILIH TAJUK /ISI PENTING; (besar/kecil/ceraian/lakaran)
Uji.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DH 6 TAHUN 1430 H/2009M




Dari Ibn Mas’ud r.a katanya, telah bersabda oleh Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala. Dan satu pahala ini diberi dengan 10 kali ganda"




Khamis.13hb Ogos 2009, Majlis Khatam Alquran bagi Dh 6 Tahun 2009 telah diadakan seramai 31 orang murid telah diraiekan.Tetamu Khormat Majlis Ustazah Hajah Rusita Binti Hj Yahya Ketua Bahagian Institusi Pengajian,Jabatan Pengajian Islam.Turut Hadir Pegawai pengajian Islam Kawasan Brunei III Dk Mas Relawati Pg Hj Md Said.Serta pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam ,Guru-guru Besar dan Ibubapa/penjaga murid-murid.

Guru yang ditugaskan pemeriksaan suhu panas bagi jemputan yang hadir,sebelum masuk kedalam dewan majlis.

Tetamu Kehormat dan Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III dan jemputan-jemputan Khas
Pegawai-Pegawai dan jemputan yang hadir
\
Majlis diserikan dengan menabur bunga rampai dan penyampaian sijil penghargaan oleh Tetamu kehormat dan di ikuti oleh Pegawai-pegawai serta jemputan-jemputan khas.Kegembiran dapat di rasai oleh murid-murid yang diraiekan.

Kegembiraan diwajah murid-murid yang diraiekan
Murid yang menerima sijil Penghargaan Khatam Al Quran Md Farhan

Bacaan Tahtim juga turut mengiringi majlis oleh murid-murid dh 3,4,dan 5 zikir marbaan juga mengiringi majlis pada petang itu.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa Selamat oleh Cikgu Hassan Bin Hj Mat Zinin.

Monday, May 4, 2009

MAJLIS PENUTUP TAMAT LATIHAN MENGAJAR GURU KUPUSB

Khamis 30/4/2009.Majlis penutup Latihan mengajar bagi guru-guru Kolej Universiti Perguruan Seri Begawan selama 4 bulan di sekolah Ugama Madewa telah pun ditamatkan dan diraiekan dengan beberapa acara.Acara tersebut melibatkan murid Rendah bawah dan rendah atas,Ucapan alu-aluan dari guru besar ucapan nasihat dan pesanan dan diselajurkan dengan penyampian cenderahati olih guru besar Hjh Nadhirah Binti Hj Lahit.


Majlis di akhiri dengan majlis bersalam-salaman bagi semua murid.Suasana haru dan hiba dapat dira
sai olih semua murid,dengan tamatnya latihan mengajar bagi 4 orang guru iaitu cikgu Rashid,Cikgu Asnawi,Cikgu Majdiah dan Cikgu Haryati.




Penyampaian cenderahati dari guru latihan 
mengajar kepada Guru Besar

"Kami doakan semoga  MENJADI CIKGU YANG  berjaya  "





Penyampaian cenderahati kepada Latihan Mengajar dari Guru-Guru S.U.M


Persembahan Lagu dari gabungan murid-
murid Dh 2 dan Dh 3




Suasana Sedih dan terharu terpancar di wajah MURID-MURID.











SELAMAT TINGGAL.........
 CIKGU TERIMA KASIH......membimbing kami.......








Gambar kenangan yang Abadi Bersama Guru-guru S.U.M
dan Guru-Guru Latihan




MAJLIS TAMAT LATIHAN MENGAJAR

PROGRAM CERAH CERIA S.U.M

Sabtu 25/April /2009 Guru-guru dan murid-murid mengadakan program Cerah Ceria ia itu mengubah suai taman-taman bunga agar kelihatan lebih ceria.Ini bertujuan bagi mengekalkan program 3k yang sudah sedia ada.Ini lah hasil keriatif guru-guru mengikut kumpulan, ringkas tapi cerah.


PeLik TEtapi TerJAdi


Guru-guru mengeluarkan barang-barang didalam store



Hos yang maseh tergantong dibelakang store adalah
merupakan perbuatan orang yang tidak bertanggongjawab.

PROGRAM GERAK MINDA

Untitled-1

18 April-Sabtu.
Program gerak minda bagi murid-murid sekolah ugama Madewa telah pun dilaksanakan.Program seumpama ini adalah merupakan program tahunan Sekolah, bagi membantu :-
*Murid yang tidak tahu mebaca jawi
*Murid yang tidak kenal huruf
*Murid yang tidak tahu menulis jawi
*Murid yang peratus kelulusan yang terlalu rendah.

Objektif:
*Memberi semangat/galakan agar murid peka terhadap pelajaran
*Membantu sedikit sebanyak kelemahan yang dihadapi murid
*Mengambil berat terhadap masaalah murid
*Meningkatkan peratus lulus murid

Seramai 60 Orang murid yang terpilih didalam program tersebut. Dan dibahagikan kepada 13 bahagian. Serta seramai 13 Orang guru yang sama-sama mengandalikan program tersebut.Program ini hanya di adakan 3 kali dalam seminggu iaitu Selasa,Rabu dan Sabtu mulai dari jam 5.00 hingga 5.30 diatas persetujuan ibubapa/penjaga murid.


Thursday, March 19, 2009

Majlis Penutup Penggal Pertama Persekolahan

jjjj
19-03-09

Majlis Penutup Dzikir Maulud Dan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Ketua Murid

ljj
Sabtu,17 Mac 2009 Majlis penutup dzikir maulud dan di selajurkan dengan penyampaian sijil lantikan ketua-ketua murid.Acara ini di anjurkan bersama oleh Guru kanan Hal Ehwal Pelajar dan Guru kanan ko-kurikulum.Acara dimulakan dengan bacaan Alfatihah beramai-ramai.Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Pg Razkah bin Pg Razak .Serta ucapan penghargaan dari Guru Besar .Acara diteruskan dengan di pendengarakan bacaan alquran disertai dengan intisari terjemahan dari wakil murid yang berjaya dalam peraduan yang dianjurkan oleh pihak Biro Mencegah Rasuah.Ikrar 
di ketuai oleh ketua agong.Majlis diakhiri dengan dzikir marhaban.

Tuesday, March 3, 2009

Majlis Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan 25Tahun


Khamis, 26 Feb 2009 Majlis sempena Sambutan Hari kebangsaan yang ke 25 tahun telah pun di adakan di Sekolah Ugama Madewa.Acara di mulakan dengan menaikan bendera Brunei Darussalam dan menyanyikan lagu kebangsaan oleh semua murid-murid dan guru-guru .Walaupun pada masa itu keadaan cuaca panas namun semangat cintakan tanah Air tetap bertaut dibenak dan disanubari murid-murid.Acara pada petang itu juga diditeruskan dengan persembahan lagu-lugu patrotik oleh murid-murid rendah bawah dan atas,serta penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mengikuti aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2008.


TEMA KEDEWASAAN BERNEGARA
Berkibar.....berkibar bendera ku....cikgu Saiful......cikgu Pg Razkah......


Merdeka....merdeka...  cikgu Faizul dan Cikgu Asnawi  dan murid-murid  menyanyikan dengan penuh semangat


Cikgu Yusuf semangat Nampak...........

Cikgu Hj Hassan dengan semangat turut menyanyikan lagu kemerdekaan
Pewaris generasi membangun Negara...........

Thursday, February 12, 2009

Peraduan Membaca Al-Quran Beserta Intisari Dan Terjemahannya

12/02/09 Khamis
Syabas dan tahniah , kepada Bahagian Biro Mencegah Rasuah dengan usahasama Jabatan Pengajian Islam telah berjaya menganjurkan 
"Peraduan Membaca AL Quran Beserta Intisari Dan Terjemahannya Bagi Murid-Murid Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Brunei Dan Muara"
sempena penubuhan Biro Mencegah Rasuah Yang Ke 27 Tahun.

Sebanyak 6 buah sekolah ugama turut serta dalam peraduan tersebut.

Alhamdulillah , Sekolah Ugama Madewa telah menjadi juara dalam peraduan tersebut, yang di wakili oleh Md Rafiq Azwani bin Zainul Ariffin Lubis dan Farhan Helmi Bin Haji Idris

Image015


Image013
penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat YM , Pengiran Kasmirhan Bin Pengiran Haji Tahir, Pengarah Biro Mencegah Rasuah.

Image003
Rafiq (kiri), Guru Besar , Farhan (kanan)

Image001
Bersama Cikgu PG Razkah , Guru Pengawas