Thursday, August 20, 2009

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Warga Sekolah Ugama Madewa Mengucapakan Selamat Berpuasa,kepada seluruh umat muslimin dan Muslimat .


Sabda Rasulullah SAW "Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban Bulan Ku,dan Bulan Ramadhan bulan Umatku" (Al Hadis)

Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
"Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
RAMADHAN
ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
ن = (Anugerah Allah)

Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah SAW tentang fadilat dan keutamaan bulan Ramadhan.Walau bagaimana pun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah Allah.

Diantara hadis Rasulullah SAW mengenai fadilat,kelebihan,keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
  • Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah SAW.
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah SAW
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dantidaklah ditutup satu pun darinya.maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah Mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap Malam(Ramadhan). (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Amal ibadah bulan Ramadhan
  • Solat tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam
  • Memberi hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah,zikir dan bertasbih)
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar
  • Tinggalkan dan jauhi dari perbuatan maksiat dan mungkar.
  • Dan hindarkan dari mengumpat,berkelahi,boros,fitnah memfinah,berbohong dan sebagainya.
Ganjaran Pahala ibadah dan fadhilatnya.
Ganjaran pahala dibulan Ramadhan adalah berlipat ganda.Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda.Manakala ibadah sunnat diberi pahala saperti ibadah fardhu.Bulan Ramadhan ini terbahagi tiga bahagian:-
  1. Mendapat rahmat Allah SWT bercurah-curah.
  2. Mendapat kempunan Allah SWT
  3. Mendapat pelepasan Azab neraka

Fadhilatnya yang lain
  1. Mereka yang berpuasa mendapat balasan syurga.
  2. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah SWT
  3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan bertemu Allah SWT pada hari kiamat kelak.
  4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
  5. Orang yang berpuasa disertai mmenjauhi segala apa yang dilarang dan mengamalkan amal ibadah sunat.seumpama akan di binakan mahligai yang indah di syurga.
  6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniai seribu tujuh ratus kebajikan dibinakan mahligai disyurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya pagi dan petang.
Petikan buku Kelebihan Amalan Ramadhan Hj Johari Hj Alias)

CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEKOLAH UGAMA MADEWA

CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Untuk menghadapi peperiksaan anda dikehendaki melakukan perkara saperti berikut:

· Sepanjang minggu peperiksaan hendaklah mendirikan sembahyang hajat.

· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju kedewan peperiksaan,anda dikehendaki mengambil air sembahyang dan berpakaian bersih.

· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju kedewan peperiksaan,anda dikehendaki takbir 9 X dan ketika hendak melangkah keluar dari rumah,mesti didahului dengan kaki kanan

· Apabila sampai di dewan peperiksaan hendaklah takbir sebanyak 9 X

· Ketika hendak menunggu kertas jawapan atu sebelum menjawab soalan, hendaklah membaca surah berikut dari awal hingga akhir sebanyak 9 X:

الم نشرح لك صدرك

· Sekiranya anda Terlupa ketika sedang menjawab soalan,anda dikehendaki selawat keatas rasullah s.a.w sebanyak 3X.

Hjh Nadh916

Berusaha ,Berdoa dan bertawakal senjata orang Mukmin

“Semoga Berjaya”

MENDISIPLINKAN DIRI MENUJU KEJAYAAN

  • Siap sedia untuk mengenal kelemahan dan kekuatan.
  • Ada motivasi dan wawasan.
  • Ada keyakinan diri.
  • Penggunaan tenaga hebat yang betul.
  • Mengurus diri dan masa dengan tepat.
  • Hubungan proaktif dengan pengajar dan kawan.
  • Mengenal positif negatif pesekitaran.
SIKAP KENDIRI
Sikap perlu berubahnegatif ke positif
Seimbangkan antara kegemaran biasa dengan belajar
Bentuk suasana persaingan mantap
Bentuk budaya pelajar
PERANCANGAN
TUGASAN MESTI DIBUAT
Ada Matalamat dan Tujuan
90% Usaha diri pelajar sendiri
10% Bantuan orang lain dan guru
•Ada peraturan sendiri
Disiplin diri
•Tahu pengurusan masa
  • Tidak terpaksa/Relax
PENGURUSAN MASA
KITA ADA 24 JAM SEHARI SEMALAM (16 JAM TERIKAT DAN 8 JAM TIDAK TERIKAT).
DALAM 16 JAM (7 JAM TIDUR, 7JAM SEKOLAH DAN 2 JAM MAKAN / MINUM/ SOLAT).
DALAM 8 JAM : -BUAT JADUAL BAGI PELAJAR SENDIRI.

PELAJAR BERMATLAMAT
INGIN BERJAYA
SUKA MEMBACA
MENUMPUKAN PERHATIAN
SUNGGUH-SUNGGUH
SERING BERBINCANG
CITA-CITA TINGGI
TERBUKA MENERIMA TEGURAN
MEMBANTU KELUARGA DAN BANGSA
TEKNIK BELAJAR
MASA SEGAR
BERDASARKAN SUASANA DAN KEADAAN KEGEMARAN SENDIRI
GABUNGAN BANYAK PANCA INDERA(baca, dengar, soal, tulis, alatan)
BERULANG
MEMILIH TAJUK /ISI PENTING; (besar/kecil/ceraian/lakaran)
Uji.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DH 6 TAHUN 1430 H/2009M




Dari Ibn Mas’ud r.a katanya, telah bersabda oleh Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala. Dan satu pahala ini diberi dengan 10 kali ganda"




Khamis.13hb Ogos 2009, Majlis Khatam Alquran bagi Dh 6 Tahun 2009 telah diadakan seramai 31 orang murid telah diraiekan.Tetamu Khormat Majlis Ustazah Hajah Rusita Binti Hj Yahya Ketua Bahagian Institusi Pengajian,Jabatan Pengajian Islam.Turut Hadir Pegawai pengajian Islam Kawasan Brunei III Dk Mas Relawati Pg Hj Md Said.Serta pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam ,Guru-guru Besar dan Ibubapa/penjaga murid-murid.

Guru yang ditugaskan pemeriksaan suhu panas bagi jemputan yang hadir,sebelum masuk kedalam dewan majlis.

Tetamu Kehormat dan Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III dan jemputan-jemputan Khas
Pegawai-Pegawai dan jemputan yang hadir
\
Majlis diserikan dengan menabur bunga rampai dan penyampaian sijil penghargaan oleh Tetamu kehormat dan di ikuti oleh Pegawai-pegawai serta jemputan-jemputan khas.Kegembiran dapat di rasai oleh murid-murid yang diraiekan.

Kegembiraan diwajah murid-murid yang diraiekan
Murid yang menerima sijil Penghargaan Khatam Al Quran Md Farhan

Bacaan Tahtim juga turut mengiringi majlis oleh murid-murid dh 3,4,dan 5 zikir marbaan juga mengiringi majlis pada petang itu.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa Selamat oleh Cikgu Hassan Bin Hj Mat Zinin.