Friday, October 15, 2010

SAMBUTAN HARI GURU & PENYAMPAIAN SIJIL SSSRU TAHUN 2009






Khamis, 7 Oktober 2010 - Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan penyampaian sijil SSSRU kepada murid-murid darjah 6 tahun 2009 & penyampaian hadiah penghargaan kepada para penyumbang & sponsor majlis Jubli Perak yang lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah yang mulia Dato' Ting Jack Chai, Pengarah CityNeon Displays & Construction Sdn Bhd yang juga menyerahkan sijil kepada murid-murid darjah 6 & para sponsor. Diantara yang hadir ialah yang mulia Dk Khadijah Bte Pg Md Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III, Awg Hj Jappar Bin Hj Damit, Penolong Pegawai Pengajian Islam Brunei III, serta wakil-wakil dari syarikat-syarikat yang menyumbangkan derma semasa sambutan Jubli Perak pada bulan Jun yang lalu.

32 murid telah menerima sijil mereka setelah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dalam pendidikan agama, sementara pelbagai sponsor menerima sijil serta hadiah penghargaan kerana membantu sekolah dalam sambutan Jubli Perak.

Dalam ucapan guru besar sekolah Ugama Madewa, Hjh Nadhirah Bte Hj Lahit, acara 3 dalam 1 ini menyoroti visi, misi & tujuan sekolah dalam menghasilkan individu yang berpengetahuan dalam pendidikan agama & berjaya dalam kehidupan.

Dia menambah lagi bahawa ianya juga merupakan 'platform' untuk pelajar lain agar menjadikan kejayaan mereka ini sebagai contoh & motivasi dengan mengikut jejak langkah mereka.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Murid Teladan Tahun 2009 kepada Awg Aiman Bin Abdullah kerana komitman & disiplin beliau yang tinggi terhadap pembelajaran & sekolah, yang mana beliau akan meneruskan pengajian beliau di luar negeri.

Sebuah puisi yang bertajuk 'Kealfaan' & lagu hari guru telah dipersembahkan oleh gabungan murid-murid darjah 1 hingga 6. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hasan Bin Hj Mohd Zinin.

Monday, October 4, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Sabtu, 25 September 2010, Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri 1431h. Acara dimulakan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah Al-fatihah yang di ketuai oleh cikgu Hassan Bin Hj Mohd Zinin & seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar. Majlis di teruskan lagi dengan persembahan lagu hari raya oleh gabungan guru-guru & murid-murid. Majlis di akhiri dengan acara bersalam-salaman di antara guru-guru & murid-murid & bacaan doa selamat.