Sunday, October 19, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID DARJAH VI 2014m / 1435h












Sabtu - 4 Oktober 2014, Sekolah Ugama Madewa telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah VI tahun 2014m. Seramai 29 pelajar iaitu terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki & 17 orang pelajar perempuan telah berjaya mengikuti majlis khatam pada tahun ini. Acara di mulakan dengan bacaan surah al-fatihah beramai-ramai yang di ketuai oleh tetamu khas majlis iaitu yang mulia ustaz Mohammad Zamery Bin Hj Nayan, Pegawai Pengajian Islam Brunei III & seterusnya bacaan surah-surah oleh peserta khatam. Di ikuti dengan bacaan takhtim & doa khatam yang di bacakan oleh salah seorang dari peserta khatam iaitu Awang Abu Hurairah Bin Awang Kassim.

Acara diteruskan dengan persembahan dikir marhaban & acara penyampaian sijil khatam & menabur bunga rampai oleh tetamu khas majlis, jemputan khas & para ibubapa kepada peserta khatam. Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat yang di bacakan oleh yang mulia cikgu Pg Razkah Bin Pg Hj Abdul Razak.