Tuesday, October 4, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


Pertukaran hadiah di antara guru-guru

Persembahan Lagu dari gabungan murid-murid darjah IV & V

Persembahan lagu dari murid-murid darjah VI
Persembahan lakonan dari murid-murid darjah II
Persembahan Tausyeh dari murid-murid darjah III
Persembahan Sajak dari murid-murid darjah I


Gabungan murid-murid darjah II & III menyanyikan lagu Tema Sekolah

Persembahan Lagu dari Murid-murid darjah Pra

Selasa, 4 Oktober 2011- Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Beberapa persembahan telah di buat oleh murid-murid darjah Pra hingga darjah VI bagi memeriahkan suasana sambutan pada kali ini. 3 persembahan terbaik telah diberikan hadiah, iaitu tempat ketiga dimenangi oleh murid-murid darjah I dengan persembahan sajak yang bertajuk ''Guru Oh Guru'', manakala tempat kedua di menangi oleh murid-murid darjah VI dengan persembahan lagu yang bertajuk "Untukmu Guru" & tempat pertama dimenangi oleh murid-murid darjah II dengan persembahan lakonan yang bertajuk "Berhari Raya Di Rumah Cikgu Hiton".

Friday, September 9, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H









Persembahan lagu hari raya daripada gabungan murid-murid darjah Pra & 1

Persembahan daripada gabungan murid-murid darjah 2 & 3
Persiapan sebelum majlis..


Tuesday, July 26, 2011

AKTIVITI SEPANJANG BULAN JULAI

Lawatan Ke ICC, Majlis Ilmu 2011.
Memerhatikan demonstrasi cara bertayamum yang betul.
Menjawab soalan quiz..siapa lurus dapat hadiah..
Majlis Khatam Al-Quran 65 kali Khatam Sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan & Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Perpisahan Cikgu Mahdini & Cikgu Khadizah.
Acara menabas pokok.


Thursday, July 14, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN























Selasa, 12 Julai 2011 - Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya jua, Sekolah Ugama Madewa telah dapat mengungkayahkan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1432H/2011M. Seramai 30 orang murid telah ikut serta dalam majlis kali ini, terdiri daripada murid-murid darjah VI Alif & Ba. Tetamu kehormat majlis ialah yang mulia Ustaz Haji Rosli Bin Hj Mohd Salleh, Ketua Unit Bahagian Sekolah-sekolah Ugama, JPI.


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis. Diikuti dengan baccan surah-surah oleh peserta khatam, bacaan takhtim dan dikir marhaban oleh murid-murid dajah IV. Bacaan doa khatam dibacakan oleh Awang Muhammad Iqbal Salihin Bin Hj Ali dari darjah VI Alif. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil khatam kepada para peserta khatam dan acara penaburan bunga rampai oleh para jemputan yang terdiri daripada guru besar sekolah-sekolah ugama & para ibu bapa. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Pg Razkah Al-Amin Bin Pg Hj Abdul Razak.