Sunday, November 21, 2010

SEKOLAH UGAMA MADEWA JUARA PERTANDINGAN NASYID MODEN BERIRAMA



Selasa, 16 November 2010 - Sekolah Ugama Madewa yang membawakan lagu nasyid Selawat Nabi diumumkan johan Pertandingan Nasyid Moden Berirama Sempena Penamaan & Jubli Perak Sekolah Rendah & Ugama Datu Ratna Haji Muhd Ja'afar, Kiarong, Kawasan Brunei III.
Muncul naib johan dalam pertandingan ini jatuh kepada Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri (PAP) Majeedah Nurul Bolkiah Kilanas dengan lagu nasyidnya Pesan Anak Watan.
Menduduki tempat ketiga ialah Sekolah Ugama Kampung Mata-mata Gadong dengan lagu nasyid yang dibawakan ialah Rasulullah.
Menyempurnakan penyampaian hadiah di majlis itu ialah Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Haji Rusli Bin Haji Mohd Salleh.

Friday, October 15, 2010

SAMBUTAN HARI GURU & PENYAMPAIAN SIJIL SSSRU TAHUN 2009






Khamis, 7 Oktober 2010 - Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan penyampaian sijil SSSRU kepada murid-murid darjah 6 tahun 2009 & penyampaian hadiah penghargaan kepada para penyumbang & sponsor majlis Jubli Perak yang lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah yang mulia Dato' Ting Jack Chai, Pengarah CityNeon Displays & Construction Sdn Bhd yang juga menyerahkan sijil kepada murid-murid darjah 6 & para sponsor. Diantara yang hadir ialah yang mulia Dk Khadijah Bte Pg Md Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III, Awg Hj Jappar Bin Hj Damit, Penolong Pegawai Pengajian Islam Brunei III, serta wakil-wakil dari syarikat-syarikat yang menyumbangkan derma semasa sambutan Jubli Perak pada bulan Jun yang lalu.

32 murid telah menerima sijil mereka setelah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dalam pendidikan agama, sementara pelbagai sponsor menerima sijil serta hadiah penghargaan kerana membantu sekolah dalam sambutan Jubli Perak.

Dalam ucapan guru besar sekolah Ugama Madewa, Hjh Nadhirah Bte Hj Lahit, acara 3 dalam 1 ini menyoroti visi, misi & tujuan sekolah dalam menghasilkan individu yang berpengetahuan dalam pendidikan agama & berjaya dalam kehidupan.

Dia menambah lagi bahawa ianya juga merupakan 'platform' untuk pelajar lain agar menjadikan kejayaan mereka ini sebagai contoh & motivasi dengan mengikut jejak langkah mereka.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Murid Teladan Tahun 2009 kepada Awg Aiman Bin Abdullah kerana komitman & disiplin beliau yang tinggi terhadap pembelajaran & sekolah, yang mana beliau akan meneruskan pengajian beliau di luar negeri.

Sebuah puisi yang bertajuk 'Kealfaan' & lagu hari guru telah dipersembahkan oleh gabungan murid-murid darjah 1 hingga 6. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hasan Bin Hj Mohd Zinin.

Monday, October 4, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Sabtu, 25 September 2010, Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri 1431h. Acara dimulakan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah Al-fatihah yang di ketuai oleh cikgu Hassan Bin Hj Mohd Zinin & seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar. Majlis di teruskan lagi dengan persembahan lagu hari raya oleh gabungan guru-guru & murid-murid. Majlis di akhiri dengan acara bersalam-salaman di antara guru-guru & murid-murid & bacaan doa selamat.

Sunday, August 29, 2010

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Hadith: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda yang maksudnya : "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya 700 kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata : "Melainkan puasa, kerana ia untukku & Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat & makanannya keranaku". Bagi orang yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan ; kegembiraan semasa berbuka & kegembiraan semasa menemui Tuhannya, & bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi." Hadith riwayat Bukhari & Muslim.
______________________________________________________________________
Hadith: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." Hadith riwayat Bukhari & Muslim.
______________________________________________________________________
Hadith: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda yang maksudnya : "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan." Riwayat At-Tirmidzi.
______________________________________________________________________
Hadith: Daripada Aishah RadhiAllahu Anha Katanya : "Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca Al-Quran, berzikir & lainnya), Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." Hadith riwayat Bukhari & Muslim.
______________________________________________________________________
Hadith riwayat Bukhari & Muslim: yang maknanya; " Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka & diikat syaitan-syaitan."

Saturday, July 17, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID DARJAH VI

Selasa, 13 Julai 2010 - Majlis khatam Al-Quran bagi 31 orang murid darjah VI telah berlangsung di dewan serbaguna Sekolah Ugama Madewa.

Ketua Unit Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Haji Idris Bin Haji Aji hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan majlis khatam Al-Quran oleh murid yang mengambil bahagian dan diikuti dengan bacaan takhtim oleh murid-murid darjah IV dan V, dikir 'Marhaban', dan majlis penyampaian sijil oleh tetamu kehormat.

Thursday, July 1, 2010

SAMBUTAN JUBLI PERAK SEKOLAH UGAMA MADEWA. 1985 -2010

30 Jun 2010, Rabu - Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan majlis sambutan Jubli Perak bagi menghargai jasa guru-guru besar & guru-guru yang telah mengajar di sekolah ini sejak 25 tahun yang lepas. Dalam ucapan guru besar, Hjh Nadhirah Bte Hj Lahit telah mengatakan bahawa sekolah sejak penubuhannya telah menghasilkan ramai pemimpin-pemimpin khususnya di dalam bidang pendidikan agama. Bekas guru-guru besar & guru-guru yang telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun kepada sekolah telah diberikan sijil-sijil penghargaan oleh tetamu kehormat majlis, yang mulia Ustaz Hj Ismail Bin Hj Manap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama atas usaha mereka yang tidak kenal lelah. Di dalam acara ini juga termasuk perasmian Jubli Perak Sekolah Ugama Madewa dengan pembukaan blog rasmi sekolah, persembahan lagu nasyid sekolah, persembahan hadrah & bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Hj Daud Bin Hj Kadir. Acara juga di selajurkan dengan pameran gambar-gambar sekolah sejak 25 tahun penubuhannya. Jabatan penjara juga hadir bagi memaparkan & menunjukkan bagaimana hukuman sebatan dijalankan. Pemeriksaan kesihatan juga disediakan bagi orang-orang yang hadir untuk memeriksa kesihatan mereka.

Tuesday, June 29, 2010

PENYAMPAIAN DERMA

Encik Lim menyampaikan derma daripada Hamba Allah yang berupa barang keperluan harian kepada keluarga Awang Marisnan Bin Sahari.

Friday, June 4, 2010

SUKAN RIA 2010



Khamis, 3 Jun 2010, Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan Acara Sukan Ria bagi tahun 2010. Acara dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan perbarisan lalu di hadapan Guru Besar oleh setiap rumah sukan. Iaitu Baitul Akhdar, Bairul Azraq, Baitul Ahmar & Baitul Banafsaji. Acara sukan di hadiri oleh guru-guru & murid-murid. Sebanyak 6 acara sukan dipertandingkan pada tahun ini. Adapun tujuan sukan ini di adakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru & murid-murid disamping itu agar dapat membentuk individu yang mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Pemenang keseluruhan dimenangi oleh Rumah Biru (Baitul Azraq). Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap acara sukan.

Wednesday, May 19, 2010

MAJLIS MEMBACA YAASIN & DOA KESYUKURAN SEMPENA JUBLI PERAK SEKOLAH UGAMA MADEWA. 1985-2010.





Selasa 18 Mei 2010, Telah diadakan majlis membaca yaasin & doa kesyukuran sempena jubli perak Sekolah Ugama Madewa. Acara sambutan dimulakan dengan sembahyang hajat beramai-ramai yang di imamkan oleh Cikgu Hasan Bin Mohd Zinin. Seterusnya selepas sembahyang fardhu asar bacaan surah yaasin telah dibaca beramai-ramai oleh keseluruh warga Sekolah Ugama Madewa. Maljis di akhiri dengan bacaan doa selamat & kesyukuran bagi memohon kejayaan & kesejahteraan yang berterusan di masa akan datang.

LAWATAN KE PENJARA JERUDONG

Isnin 17 Me1 2010, seramai 39 orang murid-murid darjah 6 & guru-guru telah mengadakan lawatan ke Penjara Jerudong. Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Awang Hj Ruslan. Adapun tujuan lawatan pada kali ini adalah untuk memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid menyaksikan dan mengetahui tentang hukuman-hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Disamping itu agar dapat memberi kesedaran kepada murid-murid agar tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh membawa kepada keruntuhan moral & akhlak.

Monday, April 19, 2010

DERMA DARIPADA HAMBA ALLAH.

Guru Besar menyampaikan derma daripada Hamba Allah yang berupa sebuah basikal kepada Md Siddiq Bin Md Sulaihie.
Md Siddiq dengan basikal barunya...he2...
Derma daripada Hamba Allah yang di sampaikan oleh Guru Besar.
Md Kurniawan dengan basikal barunya...

Friday, April 16, 2010

PEMANTAUAN AMALI UGAMA, MASBUK DALAM SEMBAHYANG

Guru menerangkan mengenai cara masbuk dalam sembahyang.
Murid-murid mendengarkan penjelasan daripada Guru Besar.

Praktikal masbuk dalam sembahyang ketika Imam sedang sujud.
Praktikal masbuk dalam sembahyang ketika Imam sedang rukuk.
Pada hari Sabtu, 17 April 2010 telah diadakan sesi Pemantauan Amali Agama yang dianjurkan oleh Bahagian Amali Agama Sekolah Ugama Madewa. Pada kali ini guru-guru memantau murid-murid darjah 4, 5, & 6 mengenai masbuk dalam sembahyang fardhu lima waktu & sembahyang fardhu Jumaat. Sesi di mulakan pada pukul 2.50 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
Acara di tutup dengan sesi soal jawab antara murid-murid & guru-guru.

Friday, April 9, 2010

KATA-KATA HIKMAH BUAT PEDOMAN HIDUP.

1. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam.

2. Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


3. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri & menyakiti orang lain.


4. Tiada kejayaan semanis madu, tiada usaha sepahit hempedu.


5. Barangsiapa yang tidak menjaga dirinya maka tidak bergunalah ilmunya.


6. Kejayaan hari esok bermula dengan hari ini.


7. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan.


8. Agama tidak pernah mengecewakan manusia, tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

9. Hadiah terbaik :

kepada kawan : Kesetiaan.

kepada musuh : Kemaafan.

kepada : ketua : Khidmat.

kepada yang muda : Contoh Terbaik.

kepada yang tua : Hargai Budi Mereka & Kesetiaan.

kepada pasangan : Cinta & Ketaatan.

kepada manusia : Kebebasan.


10. Ingatlah....Sabar itu Iman, $ bukan kawan, dunia hanya pinjaman & mati tidak berteman.

Tuesday, March 23, 2010

MAJLIS BERTAHLIL & PENYERAHAN DERMA KEPADA AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM MD NAZEP BIN HJ ABDUL KARIM.

Guru Besar menyampaikan derma kepada ahli keluarga Allahyarham.
Cikgu Hasan Bin Zinin Mengetuai membaca surah Yaasin & tahlil.



Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS CERAMAH KESIHATAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-26.

Tetamu Kehormat majlis memberi ucapan kata-kata aluan.



Bacaan doa selamat dibacakan oleh Cikgu Hassan Bin Mat Zinin.
______________________________________________________________________
Pada hari sabtu 6 Mac 2010 Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan Majlis Ceramah Kesihatan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke-26. Tetamu kehormat majlis bagi acara ini ialah yang mulia Ustazah Hjh Hadijah Binti Hj Taha, Ketua Unit P3K dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Di dalam majlis ini tetamu kehormat telah menyampaikan sijil perlantikan tugas kepada guru-guru dan sabun pencuci tangan kepada guru-guru darjah.

Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh yang mulia Pengiran Anuar Husaini Bin Pengiran Rambli dari Kementerian Kesihatan. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk melaksanakan aktiviti yang direncanakan oleh bahagian Kegiatan dan Program 3K, selain daripada mengingatkan murid-murid dan guru-guru agar mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Ianya juga bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kesihatan kepada seluruh warga sekolah dan melahirkan pelajar yang peka tentang kesihatan dan kebersihan diri mereka. Puncak acara adalah persembahan koir yang bertajuk 'Brunei Bumi Bertuah' yang dipersembahkan oleh gabungan murid-murid darjah 4, 5 & 6.
______________________________________________________________________

Monday, February 22, 2010

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA PENUNTUT & PEMBUKAAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULIDUR RASUL.


Ucapan kata-kata aluan daripada Guru Hal Ehwal Pelajar,
Cikgu Pg.Razkah Bin Pg.Abd Razak.


Ucapan kata-kata aluan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Madewa,
Cikgu Hjh Nadhirah Bte Hj Lahit.


Ketua-ketua Murid melafazkan kata-kata ikrar....

Guru-guru & murid-murid berdikir....


Sabtu,20 Februari 2010 - Telah diadakan Majlis Perlantikan Ketua Penuntut Bagi Tahun 2010M & Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena Maulidur Rasul Tahun 1431H. Majlis dimulakan pada 2.30 petang dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Cikgu Hassan Bin Mat Zinin. Seramai 17 orang murid telah di lantik menjadi ketua murid yang mana mereka ini di ketuai olah Awang Iqmal Ariffin Bin Hj Masharun. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang.

Sunday, January 31, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN KALI PERTAMA TAHUN 2010


Pada hari rabu 13 Januari 2010 telah di adakan kempen kebersihan di Sekolah Ugama Madewa. Kempen bermula pada pukul 2.15 hingga 4.30 petang. Di mulai dengan sesi taklimat yang di sampaikan oleh Cikgu Yusof Bin Jeludin, Guru Kanan Kegiatan. Seramai 150 orang guru-guru dan murid-murid mengikuti kempen ini dengan di sertai oleh 15 orang sukarelawan daripada Pusat Ehsan Kg. Bengkurong. Tujuan kempen ini di adakan adalah agar sekolah menjadi bersih, teratur & kelihatan cantik demi keselesaan warga sekolah, disamping itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, murid-murid & para sukarelawan.