Thursday, July 1, 2010

SAMBUTAN JUBLI PERAK SEKOLAH UGAMA MADEWA. 1985 -2010

30 Jun 2010, Rabu - Sekolah Ugama Madewa telah mengadakan majlis sambutan Jubli Perak bagi menghargai jasa guru-guru besar & guru-guru yang telah mengajar di sekolah ini sejak 25 tahun yang lepas. Dalam ucapan guru besar, Hjh Nadhirah Bte Hj Lahit telah mengatakan bahawa sekolah sejak penubuhannya telah menghasilkan ramai pemimpin-pemimpin khususnya di dalam bidang pendidikan agama. Bekas guru-guru besar & guru-guru yang telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun kepada sekolah telah diberikan sijil-sijil penghargaan oleh tetamu kehormat majlis, yang mulia Ustaz Hj Ismail Bin Hj Manap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama atas usaha mereka yang tidak kenal lelah. Di dalam acara ini juga termasuk perasmian Jubli Perak Sekolah Ugama Madewa dengan pembukaan blog rasmi sekolah, persembahan lagu nasyid sekolah, persembahan hadrah & bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Hj Daud Bin Hj Kadir. Acara juga di selajurkan dengan pameran gambar-gambar sekolah sejak 25 tahun penubuhannya. Jabatan penjara juga hadir bagi memaparkan & menunjukkan bagaimana hukuman sebatan dijalankan. Pemeriksaan kesihatan juga disediakan bagi orang-orang yang hadir untuk memeriksa kesihatan mereka.

Post a Comment