Tuesday, March 1, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK BAGI TAHUN 2010





Isnin, 28 Februari 2011, Telah diadakan majlis 4 dalam 1 iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik bagi Tahun 2010, Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 & Penyampaian Sijil Prefek bagi Tahun 2011. Acara di mulakan dengan bacaan surah Dhuha yang di bacakan oleh Awang Ahmad Riduan Azzawani Bin Hj Md Zainol Ariffin Riduan Lubis. Majlis di teruskan dengan ucapan daripada guru besar & tetamu kehormat majlis iaitu yang mulia Cikgu Rosman Bin Hj Metussin, Bahagian Professional Unit Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Majlis diserikan lagi dengan persembahan koir lagu rasmi sekolah yang dibawakan oleh gabungan prefek-prefek sekolah & persembahan lagu Hari Kebangsaan bertajuk Brunei Bumi Bertuah. Seramai 39 orang murid daripada darjah Pra hingga darjah lima tahun 2010 telah menerima hadiah pelajar terbaik. 2 orang penerima Pelajar Harapan Tahun 2010, 2 orang penerima hadiah Kedatangan Terbaik Tahun 2010, 4 orang penerima hadiah Pelajar Contoh Darjah 6 Tahun 2010 & 4 orang penerima hadiah Pelajar Lulus Calon ke Sekolah Arab. Seramai 15 orang murid telah di lantik menjadi prefek & di berikan sijil perlantikan ketua murid dalam majlis ini. Bacaan ikrar di ketuai oleh ketua agung murid iaitu Awang Md Shaman Bin Hj Md Norsham.


Sebuah ceramah ugama telah di sampaikan oleh yang mulia Ustaz Hj Abdul Rani Bin Ahmad. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid bertajuk Sholawat Nabi yang dibawakan oleh gabungan murid-murid Sekolah Ugama Madewa. Majlis di akhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh yang mulia Cikgu Pg Razkah Bin Pg Hj Abdul Razak.

Post a Comment