Thursday, August 20, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN DH 6 TAHUN 1430 H/2009M




Dari Ibn Mas’ud r.a katanya, telah bersabda oleh Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala. Dan satu pahala ini diberi dengan 10 kali ganda"




Khamis.13hb Ogos 2009, Majlis Khatam Alquran bagi Dh 6 Tahun 2009 telah diadakan seramai 31 orang murid telah diraiekan.Tetamu Khormat Majlis Ustazah Hajah Rusita Binti Hj Yahya Ketua Bahagian Institusi Pengajian,Jabatan Pengajian Islam.Turut Hadir Pegawai pengajian Islam Kawasan Brunei III Dk Mas Relawati Pg Hj Md Said.Serta pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam ,Guru-guru Besar dan Ibubapa/penjaga murid-murid.

Guru yang ditugaskan pemeriksaan suhu panas bagi jemputan yang hadir,sebelum masuk kedalam dewan majlis.

Tetamu Kehormat dan Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III dan jemputan-jemputan Khas
Pegawai-Pegawai dan jemputan yang hadir
\
Majlis diserikan dengan menabur bunga rampai dan penyampaian sijil penghargaan oleh Tetamu kehormat dan di ikuti oleh Pegawai-pegawai serta jemputan-jemputan khas.Kegembiran dapat di rasai oleh murid-murid yang diraiekan.

Kegembiraan diwajah murid-murid yang diraiekan
Murid yang menerima sijil Penghargaan Khatam Al Quran Md Farhan

Bacaan Tahtim juga turut mengiringi majlis oleh murid-murid dh 3,4,dan 5 zikir marbaan juga mengiringi majlis pada petang itu.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa Selamat oleh Cikgu Hassan Bin Hj Mat Zinin.

Post a Comment