Thursday, August 20, 2009

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Warga Sekolah Ugama Madewa Mengucapakan Selamat Berpuasa,kepada seluruh umat muslimin dan Muslimat .


Sabda Rasulullah SAW "Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban Bulan Ku,dan Bulan Ramadhan bulan Umatku" (Al Hadis)

Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
"Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
RAMADHAN
ر= رضوانالله (Keredaan Allah)
م= مغفرة الله (Keampunan Allah)
ض= ضمان الله (Jaminan Allah)
ا= الفة الله ( Kejinakan Allah)
ن = (Anugerah Allah)

Keredaan Allah: (bagi orang yang taat)
Keampunan Allah: ( bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah: ( bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah: (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah : ( bagi orang yang benar)

Petikan buku fadilat bulan Ramadhan Budiman Radzi)

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah SAW tentang fadilat dan keutamaan bulan Ramadhan.Walau bagaimana pun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah Allah.

Diantara hadis Rasulullah SAW mengenai fadilat,kelebihan,keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
  • Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah SAW.
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah SAW
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dantidaklah ditutup satu pun darinya.maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah Mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap Malam(Ramadhan). (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Amal ibadah bulan Ramadhan
  • Solat tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam
  • Memberi hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah,zikir dan bertasbih)
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar
  • Tinggalkan dan jauhi dari perbuatan maksiat dan mungkar.
  • Dan hindarkan dari mengumpat,berkelahi,boros,fitnah memfinah,berbohong dan sebagainya.
Ganjaran Pahala ibadah dan fadhilatnya.
Ganjaran pahala dibulan Ramadhan adalah berlipat ganda.Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda.Manakala ibadah sunnat diberi pahala saperti ibadah fardhu.Bulan Ramadhan ini terbahagi tiga bahagian:-
  1. Mendapat rahmat Allah SWT bercurah-curah.
  2. Mendapat kempunan Allah SWT
  3. Mendapat pelepasan Azab neraka

Fadhilatnya yang lain
  1. Mereka yang berpuasa mendapat balasan syurga.
  2. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah SWT
  3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan bertemu Allah SWT pada hari kiamat kelak.
  4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
  5. Orang yang berpuasa disertai mmenjauhi segala apa yang dilarang dan mengamalkan amal ibadah sunat.seumpama akan di binakan mahligai yang indah di syurga.
  6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniai seribu tujuh ratus kebajikan dibinakan mahligai disyurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya pagi dan petang.
Petikan buku Kelebihan Amalan Ramadhan Hj Johari Hj Alias)

Post a Comment